Bandar Oklahoma, Oklahoma

Bandar Raya Oklahoma atau Kota Oklahoma (bahasa Inggeris: Oklahoma City) ialah ibu negeri dan bandar terbesar negeri Oklahoma di Amerika Syarikat. Ia merupakan antara kota-kota besar yang terletak di kawasan dataran rumput Great Plains yang merangkumi rantau tengah benua Amerika Utara termasuk negeri-negeri Oklahoma sendiri, Kansas, Nebraska, Dakota Utara dan Dakota Selatan.Ia mempunyai pasaran ternakan antara yang terbesar di dunia.[1] Kota ini terletak di suatu padang yang mempunyai sumber minyak bawah tanah yang banyak, maka pendapatan kota ini sangat bergantung kepada kegiatan penggalian petroleum, gas asli serta industri-industri berkaitan.Bandar raya ini berada di tengah-tengah kawasan yang berkecerungan dilanda puting beliung, ia sendirinya telah dilanda bencana sedemikian sebanyak 13 kali sejak kegiatan mencatat kaji cuaca sekitaran mula dilakukan di bandar raya tersebut.[2]